Thursday 11 April 2013

GEMPAR #GE13 #PRU13 ! Video Dalang Arahkan Nur Misuari Teruskan Ops #Sabah Hilang Stage 2

Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari berlaku pada 17 Julai 2012 seperti dilaporkan oleh Anwar Ibrahim Club, bukannya semasa Anwar menjadi TPM seperti mana yang ditipu oleh Anwar dalam ceramah-ceramahnya.
Nampaknya Ops Sabah Hilang masuk peringkat kedua.

Jika peringkat pertama Kiram yang menjadi watak utama, dalam peringkat kedua, Nur Misuari sendiri yang kehadapan untuk melancarkan serangan terhadap Sabah. Ianya dijelaskan sendiri oleh Nur Misuari dalam video di bawah.



Ternyata jelas bahawa Nur Misuari meneruskan rancangan asal OPS SABAH HILANG iaitu membuat keadaan huru hara di Sabah ketika Pilihan Raya berlangsung. Ini kerana sekiranya rancangan OPS SABAH HILANG berhasil, maka Negeri Sabah akan diisytiharkan Darurat. 25 kerusi Parlimen yang merupakan kubu kuat BN akan tidak dikira dalam pengiraan. Adakah ini akan menguntungkan BN atau pihak lawan?

Jika benar Nuri Misuari mahu menyelamatkan orang Sulu, mengapakah selepas sebulan OPS DAULAT dilancarkan. Mengapa tidak awal-awal lagi?

MyMassa harap pasukan keselamatan kita mengambil serius ancaman yang dilontarkan oleh Nur Misuari. Lihatlah senjata-senjata dalam video tersebut. Kebanyakkan masih baru dan berkilat. Ada satu perkara yang MyMassa mahu pembaca tahu bahawa RANCANGAN OPS SABAH HILANG sebenarnya melibatkan satu lagi pihak di Singapura iaitu Kedutaan Amerika di sana.

                                                     

                                                       


                                                       
                                                         


MyMassa juga harap agar RCI untuk insiden Lahad Datu ni dipercepatkan supaya dalang yang terlibat dalam insiden ini dibawa ke muka pengadilan.

*Jom ramai-ramai rakyat Malaysia yang cintakan negara, mari kita sama-sama doakan agar rancangan jahat Nur Misuari dan dalangnya sama ada dalam atau luar negara gagal. Semoga Allah S.W.T kekalkan keamanan di Malaysia.

Sumber : MyMassa

0 comments:

Post a Comment