Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts

Monday, 16 July 2012

Himpunan Oren Buktikan Felda Benar



Himpunan Oren yang diadakan pada 14 Julai lalu bolehlah dianggap sebagai titik noktah perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK).   Dengan kehadiran hanya 10% dari jumlah sasaran 20,000 menunjukkan yang sokongan terhadap ANAK benar-benar di tahap kronik. 

Penganut-penganut PAS sendiri menyambut dingin Himpunan tersebut walaupun telah menerima arahan rasmi dari PAS Pusat untuk turun meramaikannya.   Ini bermakna dalam 2,000 orang yang hadir, mungkin separuhnya adalah orang-orang PAS tegar yang sekadar ingin meramaikan majlis dan bukannya anak-anak peneroka. 

Justeru, terbuktilah bahawa perjuangan ANAK adalah perjuangan syok sendiri Mazlan Aliman dan tidak langsung mewakili suara dan pendapat peneroka secara keseluruhan. 

Himpunan Oren: Usaha Pembangkang Untuk Mendapat Publisiti Murah



Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang.   Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin ‘test power’ memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi.  Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk ‘menyelamatkan Felda’.  

Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya.   Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.

Tuesday, 10 July 2012

Himpunan Oren Anti-FGV Usaha Sia-Sia



April lepas, penghuni dan peniaga di sekitar Kuala Lumpur telah di bebani dengan sampah sarat seberat 8 tan yang bersepah di segenap jalan-jalan utama ibukota hasil sikap tidak bertanggungjawab kira-kira 25,000 orang peserta dan perusuh himpunan BERSIH 3.0.

14 Julai ini pula berkemungkinan situasi yang sama sekali lagi akan dihadapi oleh warga KL khususnya para jemaah dan AJK Masjid Wilayah Persekutuan apabila gerombolan pengotor dari PAS sedang berura-ura untuk berdemo di sana atas alasan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sebuah NGO tidak berdaftar (haram) yang merupakan proksi kepada PAS itu mensasarkan kehadiran 20,000 orang peserta yang pada mulanya dikatakan hanya melibatkan para peneroka yang condong kepada PAS.