Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang. Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin ‘test power’ memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi. Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk ‘menyelamatkan Felda’.
Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya. Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.
Dari laporan laman-laman web pro-pembangkang, Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran iaitu disertai oleh 20,000 orang. Namun, mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama, ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000 – 3,000 orang.
Jika dilihat dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh kedua-dua belah pihak dan dibandingkan dengan gambar-gambar dari BERSIH 3.0 yang disertai oleh 25,000 orang, nampaknya jumlah peserta Himpunan Oren adalah tidak sampai separuh pun dari BERSIH 3.0.
Dan penulis percaya, majoriti peserta-peserta adalah orang-orang yang sama yang menyertai demonstrasi BERSIH sebelum ini, dan juga demonstrasi Hijau, demonstrasi PTPTN dan entah apa-apa demonstrasi lagi yang didalangi pembangkang.
Pendek kata, apapun demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, jumlah maksima peserta yang mampu dicapai ialah sekitar 20,000 sahaja. Dan selalunya jauh tersasar. Jika pembangkang boleh berbangga dengan angka ini, jelaslah mereka benar-benar berada dalam keadaan yang amat kronik.
Apapun, sekali lagi kita mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana berjaya melakukan satu lagi kerja sia-sia dan kerana berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu.
Hakikatnya, FGV telah disenaraikan dengan jayanya pada 28 Jun lalu. Ia mendapat perhatian meluas dari pelabur di seluruh dunia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka. Kita pasti, suatu hari nanti Felda akan berjaya menjadi sebuah konglomerat global.
Semua ini mampu dicapai tanpa se-inci pun tanah peneroka tergadai.
Malah, peneroka telah pun mendapat manfaat darinya dalam bentuk ‘durian runtuh RM15,000’ dan bakal mendapat lebih banyak lagi dari segi dividen, bonus dan berbagai-bagai lagi, terutamanya dalam jangka masa panjang dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai.
Justeru, sikap pembangkang yang memperdaya segelintir anak-anak Felda untuk membantah sesuatu yang baik untuk mereka amatlah tidak bertanggungjawab.
Sedangkan, pembangkang cukup maklum bahawa kerja mereka hari ini adalah sia-sia kerana penyenaraian telah pun dilakukan dan majoriti peneroka tidak ada masalah dengannya. Memorandum yang mereka serah tidak ada nilai sama sekali. Lebih dari itu, analisis yang dilakukan oleh pemerhati politik menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN semakin meningkat di kalangan warga Felda.
Kita tahu bahawa apa yang pembangkang ingin capai hari ini bukanlah untuk membatalkan penyenaraian atau apa-apa yang berkaitan dengannya kerana mereka tahu itu adalah mustahil.
Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti, selain beberapa orang kroni mereka ingin membuat sedikit wang dengan membuka gerai menjual T.Shirt, air mineral dan beberapa barangan lain.
Jelas sekali yang pembangkang sudah ketandusan isu dalam menuju pilihanraya. Maka, kerana ketiadaan isu, mereka akan melakukan apa saja semata-mata untuk memastikan rakyat tidak lupakan mereka
0 comments:
Post a Comment