Thursday, 28 June 2012

GAMBAR DIPLOMAT SINGAPURA DIDEDAHKAN



Mymassa menerima kiriman beberapa keping gambar dirujuk sebagai 3 Diplomat Singapura yang menyertai Demonstrasi haram Bersih 3.0.


Kerajaan Singapura dalam jawapannya kepada kerajaan Malaysia menyatakan ketiga-tiga pegawainya hanya bertindak sebagai Pemerhati sahaja http://merdeka-online.com/home/?p=932.
Isunya, kenapa Diplomat-diplomat Singapura itu menyertai demo tersebut, berjalan beriringan, bergerak seiringan, membuat persediaan, menyertai dari awal dan memakai baju Bersih 3.0. Perkara ini langsung tidak dijawab oleh Kerajaan Singapura, sebaliknya menyembunyikan ketiga-tiga Diplomatnya itu hingga sekarang.


Sebaliknya, Kerajaan Singapura menarik isu lain kononnya Mymassa membuat pendedahan tidak benar mengenai aktiviti PACA di Singapura yang memberi fokus kepada Pilihanraya Umum Ke-13 negara kita. Jika Kerajaan Singapura mengatakan peserta kursus tersebut rakyat Malaysia, sila senaraikan lebih 10 peserta itu dan kerakyatan mereka. Sebutkan nama mereka? dan Parti mana yang menganjurkan PACA di Singapura itu? Apakah Singapura hendak menolak persoalan bahawa rakyat Singapura, turut berada di dalam kursus PACA itu? Sehingga ke hari ini Singapura gagal menjelaskan isu ini, melainkan hanya menafikan sahaja.


Mymassa bersetuju dengan PERKASA supaya ketiga-tiga Diplomat Singapura itu dihantar pulang, kerana telah mengguris perasaan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berasa terancam dengan kegiatan seolah-olah pengintipan, pengcampurtangan, pemerhatian yang termelampau, diplomatisasi yang melampaui batasan, pembodohan ke atas rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Diplomat-Diplomat Singapura itu.


Mymassa sangat-sangat yakin, Presiden PAS, Haji Hadi Awang pasti tidak bersetuju dengan Campurtangan Singapura dalam politik Malaysia, apatah lagi campurtangan Israel. Kamu boleh bertanya Haji Hadi Awang jika kamu sangsi!


Setakat ini dahulu, berikan pasukan kami masa mendedahkan dan mengesahkan gambar ketiga-tiga Diplomat Singapura itu.


Di negara Iran, Lebanon, Palestin, China, Russia...jika anda pengintip dan ditangkap, jawapannya ialah anda akan dihukum bunuh! Bacaan ini membantu pengetahuan anda http://takusahrisau.wordpress.com/2010/09/11/agen-israel-kenalkah-anda/ dan http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/pyongyang-kecam-korea-s-sebab-berkas-dua-lelaki-didakwa-pengintip.


The Washington Post sering melaporkan kisah yang sama http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2010/11/23/AR2010112302144.html

0 comments:

Post a Comment