Saya sebagai bekas perajurit yang menerima kecacatan kekal kerana bertempur dengan pengganas komunis pada 19 Mac 1970 merasa amat kesal dan patah hati apabila membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 2013.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff menyatakan ada bekas-bekas jeneral bergabung dengan parti pembangkang berceramah memperlekehkan keupayaan para tentera kita.
Perkara ini amat memalukan dan juga mencerminkan betapa rendahnya nilai perjuangan mereka. Saya menganggap mereka itu seperti prebet yang telah diturunkan pangkat. Kalau dinilai daripada semangat perjuangan, bukan begitu cara mereka menaikkan semangat para pejuang kita.
Amat memalukan, semasa dalam perkhidmatan, bekas-bekas jeneral ini pandai memerintah sahaja. Merekalah yang dapat pangkat dan bintang.
Bagi saya kalau ada kuasa atau akta, lucut sahaja bintang-bintang dan gelaran yang diberi kepada mereka. Kalau boleh potong pencen bulanan mereka kerana menentang kerajaan. Jangan fikir mereka 'besar' dan boleh buat apa yang mereka suka.
Perkara perjuangan bukan mainan. Saya sendiri telah merasai berhadapan dengan komunis. Sesaat lalai, maut jawapannya. Bagi bekas para jeneral ini mana ada jumpa komunis, cuma cakap sahaja.
Saya begitu kecewa sikap mereka ini. Betapa seksanya saya mengejar musuh dan melepaskan tembakan ke arah musuh yang mengakibatkan dua anggota tentera terkorban dan tiga musuh dibunuh.
Saya bangga walaupun anggota badan mendapat cacat kekal hingga akhir hayat. Saya malu bekas-bekas jeneral berkata begitu sedangkan mereka senang-lenang.
Negara kita aman dan tenteram. Kalau adapun masalah keselamatan, masih boleh dibendung. Takkanlah bekas-bekas jeneral yang dah lapuk itu cakapnya masih kita pakai. Buangkan sahaja idea-idea basi itu. Kalau dia kutuk kereta kebal, semasa berkhidmat semasa ada kuasa mengapa tidak dibetulkan?
Saya berharap pihak Kementerian Pertahanan memantau perkara ini. Kami semua bekas perajurit menyokong sepenuh 100 peratus kepada kepimpinan Barisan Nasional.
Kepada para jeneral bersara yang memperlekehkan kemantapan Kementerian Pertahanan, anggaplah mereka semua telah jumud.
HAJI JAIKA
Kluang, Johor

0 comments:
Post a Comment