Tuesday, 14 August 2012

Agenda Red Rock untuk Malaysia Negara Kristian bertambah jelas

Ramai menafikan atau sangsi dengan peristiwa ikrar untuk jadikan Malaysia negara Kristian dan PM kristian pertama yang dilakukan dalam satu Majlis Makan anjuran DAP Jelutong di sebuah Hotel bernama Red Rock kepada pastor-pastor asing yang telah membantu kempen DAP di Sarawak.

Mereka ingat ini hanya blogger buat spin dan tuduhan melulu.

Gambar di atas menunjukkan ianya berlaku dan siapa yang terlibat. Ramai pihak mahu bukti ada penglibatan pastor-pastor asing dan majlis ikrar berlaku. Inilah dia.


Ramai pihak menganggap ianya permainan psywar Utusan Malaysia. Percayalah pihak sini kalau buat psywar, ianya bukan berdasarkan propaganda yang ada sorok fakta sebenar. Ianya berasaskan kebenaran dan bukti.

Maklumat kami ada dan boleh diperolehi.

Pihak DAP, Lim Guan Eng, Jeff Ooi dll bermati-matian menafikan. Macam-macam fitnah dan tuduhan yang di-reka dibuat untuk mengalih pandang dari isu ikrar tersbut.

Semua yang hadhir turut semua sudah bersepakat mengatakan ianya tidak berlaku.

Tetapi Jeff Ooi berubah-ubah kenyataannya dari menafi, ke membaca i-Pad di meja hingga tidak menyedari ada Majlis itu.

Dia turut membuat laporan polis terhadap blogger Big Dog dan Shamsul Yunos yang membocorkan terhadap peristiwa itu.

Tetapi ramai tidak tahu laporan polisnya bukan mengenai kewujudan ikrar tersebut mahu jadikan Malaysia negara Kristian dan untuk dapat PM Kristian yang pertama. Langsung tidak disentuh.

Laporan polis Jeff Ooi hanya untuk tulisan yang menimbulkan peristiwa 13 Mei sebagai tuduhan kesalahan "incitation." Iyakah tulisan tersebut ada incitation atau hanya statement of fact?

Satu perkara mengenai Jeff ooi, dia adalah prejudis terhadap pergerakan Islam. sebaik saja naik jadi MP dan dilantik Chief of Staff Pejabat KM Lim Guan eng, dia pernah menentang perlantikan ahli PKR Melayu atas alasan penglibatan mereka dalam JIM.

Akhirnya, salah seorang Melayu DAP Jelutong yang hadhir bernama Razali membuat laporan polis mendedahkan apa yang berlaku.

Razali dituduh sebagai bekas UMNO yang jadi ejen kerajaan. Dia dikatakan saudara kepada seorangpegawai polis caweangan khas.
 
Sebenarnya dia adalah pengurus Ivory Properties yang dapat tanah Bayan Mutiara projek jual tanah PDC yang di reclaim. Taukeh yang diabekerja sam adalah orang PKR.

Bagi dia membuat pendedahan itu dan mengenepikan tugas , gaji lumayan siap dengan holiday setahun sekali untuk keluarga untuk tak dapat apa-apa mendedahkan sesuatu penderhakaan dan pengkhiatan puak-puak Kristian dalam DAP untuk Raja dan negara.

Satu pengirbanan besar demi agama yang telah dilakukan Razali. Dia kini tiada apa pekerjaan dan sumber pendapatan.

Isu Kristian dah menjadi hingga timbul isu DUMC. Hasan Ali tunjukkan testimoni orang-orang Islam yang sudah dimurtadkan yang ana merupakan satu kesalahan dalam negara tetapi pihak Anwar Ibrahim, setan besar negara ini boleh kata tidak ada bukti?

Blog pembangkang Hornbill Unleashed sudah naik kepala dengab isu kristian hingga mempolitikan seminar pendidikan ugama bagi sekolah-sekolah kebangsaan di Johor Baru ke Sarawak. Baca sini.

Guru ugama Islam berseminar sesama sendiri untuk menangani gejala murtad pun dipersoalkan? INi adalah guru ugama menjaga hak dan kepentingan kaum atau ugama mereka sendiri seperti tersuray dan tersirat dalam perlembagaan dipersoalkan?

Puak ini memang dah bersar kepala.

Bukti banyak tapi untuk jadi bukti ke mahkamah memang susah. Itu jawab untuk mereka yang cuba menafikan seolah-olah tiada bukti.

Mereka tu fitnah macam-macam tanpa ada bukti langsung. Mana dia dokumen Najib dapat RM500 juta komisyen dari jual kapal selam. Ingat boleh buat bom pilihanraya. Mimpikanlah !!!!

Gambar di atas adalah paderi-paderi berkumpul dalam satu majlis bersumpah (Cuma Anwar dan ulamak PAS sesat tak percaya) untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.

Ini adalah satu Majlis makan malam DAP yang telah dianjurkan oleh DAP kawasan Parlimen Jelutong malam tadi semalam di Hotel Red Rock, Jln Macalister, Pulau Pinang untuk meraikan Pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu DAP di PRN Sarawak.

Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada petugas pusat khidmat AP Jelutong, para pastor dalam dan luar negara dan ADUN Sarawak telah hadir termask Jeff Ooi AP DAP Jelutong, dan Chiew Chiu Seng ADUN DAP Kidurong.

Kesemua Pastor yang lebih kurang 35 orang telah mengadakan upacara angkat sumpah dgn membuat bulatan dan bersentuhan tangan masing2 dan berikrar dalam bahasa inggeris iaitu ingin menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara dan Perdana Menteri Malaysia adalah dari penganut agama kristian.

Pastor ini samada dari tempatan Sarawak atau luar negara adalah antara mereka yang telah membantu DAP berkempen di Sarawak.

Mereka berada di Pulau Pinang untuk Konvensyen di Berjaya Hotel dan perjumpaan khas pada sebelah malam di Pusat Kristian Pulau Pinang Jalan Khaw Sim Bee, Pulau Pinang.

Karpal Singh pernah meyuarakan tentangan yang begitu hebat menentang Negara Islam atas alasan menegakkan negara sekular.

Kenapa dia berdiam dengan trend ke Kristianisasi yang diguna DAP? Mana dia perjuangan DAP demi sekularisma?

PAS bela peliwat dan penzina tapi konon perjuang negara Islam. DAP sekongkol dengan pasto runtuk pejuang negara Kristian, tentang negara Islam tapi konon pejuang negara sekular. PKR tak payah cakap ... semua benda dia pejuang, semua benda dia tentang dan akhirnya tak tahu apa jahanam yang dia perjuangkan?

Kini dengan perlinduang politik cauvanis DAP, usaha evangelisma kristian sudah berluasa hingga mereka menuntut penganut Kristian mengundi puak yang akan membenarkan dakwah Kristian kepada orang Melayu Islam.

Pesanan Persatuan Kristian Kepada Gereja-gereja di Malaysia oleh Helen Ang:

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengedarkan sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”.

Sumber : TheUnspinners



0 comments:

Post a Comment