Monday 10 December 2012

Musim Tengkujuh : Peringatan PM Buat Rakyat



Perdana menteri, Dato Sri Najib tun Razak mengingatkan penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir supaya berhati-hati semasa musim tengkujuh. beliau berkata penduduk perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kanak-kanak dan orang tua bagi mengelak sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Penduduk juga diminta ke pusat bantuan banjir apabila arahan dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

Dalam entri terbaru beliau dalam blog 1Malaysia, Najib berkata dalam usaha untuk meringankan beban dan kesulitan, beberapa agensi kerajaan telah bersiap-sedia untuk digerakkan dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa banjir. Beliau juga menasihatkan pendudukuntuk memberi perhatian dalam isu kebersihan bagi mengelakkan sebarang penyakit.

"Pastikan bahawa makanan anda tidak tercemar dan cuci tangan dengan bersih sebelum mengambil makanan" kata beliau. Najib juga mengingatkan rakyat agar sering berwaspada kerana amaran banjir boleh keluar pada bila-bila masa. Untuk mengikuti berita terkini tentang banjir boleh layari portal www.portalbanjir.mkn.gov.my

Pastikan semua nombor telefon penting seperti ahli keluarga, jiran, polis dan bomba ada dalam simpanan sekiranya ada kecemasan.

0 comments:

Post a Comment