Friday 20 July 2012

POLIS SARAN PUSAT BELI-BELAH SEKITAR KL NAIK TARAF SISTEM CCTV

Pihak pengurusan pusat membeli-belah disaran supaya segera menaik taraf sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing bagi memudahkan polis membuat rujukan sekiranya sesuatu jenayah berlaku di kawasan tersebut. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kegagalan CCTV berfungsi sepenuhnya merupakan antara faktor siasatan kes jenayah di pusat membeli-belah tidak dapat diselesaikan segera.

Datuk Mohmad Salleh, "Untuk itu, saya minta pusat beli-belah menaik taraf CCTV mereka kerana daripada kes-kes jenayah sebelum ini ada CCTV tidak berfungsi dengan baik seperti tidak dapat merakam gambar menyebabkan ia tidak dapat diguna apabila diperlukan polis,"


Peranan CCTV dalam menangani jenayah tidak harus diketepikan kerana fungsinya menjadi antara faktor penting yang mampu menyumbang kepada usaha mengurangkan masalah jenayah di pusat beli-belah dan kawasan sekitar yang menjadi tumpuan umum polis ketika ini.

Pihak polis telah bersetuju untuk mewujudkan seorang polis perantara bagi setiap pusat membeli-belah bagi memudahkan ketua keselamatan merujuk jika sesuatu kejadian jenayah berlaku. Kereta peronda polis juga harus dibenarkan memasuki ke kawasan pakir bawah tanah pusat membeli-belah untuk mewujudkan situasi yang polis berada di mana-mana bagi mengurangkan kejadian jenayah.

Selain itu, diminta pemilik pusat membeli-belah turut mengambil tanggungjawab sendiri bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di premis mereka kerana keadaan yang selamat pastinya memberi imej positif kepada pusat perniagaan itu sendiri. Untuk tempoh separuh pertama tahun ini, hanya sembilan kes jenayah yang berlaku iaitu empat kes di pakir bawah tanah dan selebihnya adalah kes di luar premis perniagaan. Dengan 80 pusat beli-belah beroperasi di ibu negara, statistik itu dengan sendirinya mencerminkan bahawa keadaan keselamatan masih terkawal, cuma ia menjadi isu kepada masyarakat apabila dilaporkan secara berlebihan oleh pihak tertentu.

Sumber : JejariKami

0 comments:

Post a Comment