Friday 6 July 2012

Orang ramai disaran simpan nombor talian 'hotline' polis


KUALA LUMPUR: Orang ramai dan pihak pengurusan pusat beli belah disaran menyimpan nombor talian 'hotline' Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis dalam membanteras kegiatan jenayah secara berkesan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Zulyadaen Ismail berkata tindakan itu bukan hanya dapat membantu polis tetapi sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah di pusat-pusat beli belah.
Orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan menerusi talian hotline PolisKL 03-21159999/ PolisSel 03-20529999 atau melalui laman web PDRM www.rmp.gov.my atau menerusi facebook PDRM, katanya kepada pemberita selepas tinjuan mesra kepolisan berprofil tinggi di sebuah pusat beli belah di Setapak di sini, hari ini.

Katanya polis sentiasa meningkatkan kawalan dan rondaan di tempat awam dan pusat-pusat beli belah berikutan kes jenayah yang berlaku tetapi apa yang penting orang ramai membantu menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kejadian jenayah.

Selain itu, beliau bersama kira-kira 30 anggota polis turut mengedarkan risalah kepada pengunjung. - Bernama

0 comments:

Post a Comment