Monday 5 November 2012

Banjir di Dengkil




Sumber gambar : MKN

Seramai 84 keluarga dengan 384 orang di sekitar Dengkil telah dipindahkan setelah kawasan kediaman masing-masing dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Ini berikutan peningkatan paras Sungai Langat di Dengkil telah mencatatkan ketinggian menghampiri tujuh meter, melebihi paras berjaga-jaga iaitu 6.50 meter pada pukul 10 pagi ini.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), setakat pukul 4.30 petang ini, kira-kira 50 keluarga dengan 231 mangsa telah ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil.

''Sebuah lagi pusat pemindahan yang terletak di Kampung Semarang telah menempatkan 34 keluarga dengan 153 mangsa.

''Sehubungan itu, penduduk di kawasan Dengkil diminta berjaga-jaga dan mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya mereka dikehendaki berpindah," katanya seperti dipetik melalui laman Portal Banjir MKN di sini hari ini.

Setakat pukul 10 pagi ini, kawasan yang terlibat adalah Kampung Cemperai, Taman Kristal, Taman Transformasi, Kampung Semarang dan Taman Revolusi Hijau.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai status terkini banjir di kawasan mereka melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121105/dn_05/Banjir-384-orang-berpindah-di-Dengkil#ixzz2BKSS3Q6M 
 

0 comments:

Post a Comment