Friday 9 November 2012

Saman Adalah Taktik Biasa Pembangkang



Dalam masa seminggu berita politik paling hangat diperkatakan ialah tentang Nurul Izzah. Anak kepada pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim yang mana YB Izzah ini telah mengeluarkan satu kenyataan jawapan kepada soalan yang dikemukan di sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu. 

Izzah mengatakan kebebasan beragama adalah untuk semua termasuk orang Melayu. Kenyataan Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama ini telah menyebabkan banyak pihak tertanya-tanya dan terkejut kerana ianya mengundang bahaya kepada agama Islam. 

Kenyataan Izzah ini telah dikeluarkan oleh media mereka sendiri iaitu Malaysiakini dan diikuti Malaysian Insider. Malah video kenyataan Izzah itu turut dikeluarkan di youtube, namun anak emas Anwar ini masih tidak mengakui apa yang diperkatakan malah mempertikaikan bahawa dia tidak pro murtad.

Perkara ini telah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia dan tidak terkecuali apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa Izzah tidak boleh bercakap mengenai agama sesuka hati terutamanya ianya melibatkan sensitiviti Islam. 


Rentetan dari perkara ini, akhbar-akhbar lain seperti Utusan, Sinar Harian, Berita Harian, TV3 turut mengeluarkan video dan kenytaan yang Izzah pertikaikan itu. Perkara ini menyebabkan Nurul Izzah ingin menyaman media berkenaan. Tidakkah pelik apabila kenyataan sebenar dari Izzah ini media pertama sekali yang meyebarkannya adalah Malaysiakini? 

Kenapa Izzah tak nak saman Malaysiakini? Timbalan Perdana menteri turut memberi komen bahawa ini adalah taktik biasa yang digunakan pembangkang untuk memfailkan saman terhadap media apabila apabila laporan berita tidak memihak kepada mereka.

Hakikatnya, kenyataan yang dibuat Izzah telah ditonton rakyat dan terdapat ulama yang selama ini menatang pemimpin PKR ini diam seribu bahasa. Tidak berani mengeluarkan kenyataan bagi membidas isu agama yang Izzah katakan. 

Sebagai seorang yang beragama Islam, kenyataan bebas beragama tidak sepatutnya dibuat,kerana seolah-olah membenarkan mereka yang beragama Islam ini memilih agama yang mereka suka. Perkara ini mendorong kepada murtad. Bukankah begitu?

Kelihatan bukan sahaja rakyat yang menyokong kerajaan membantah kenyataan ini, tetapi turut dikongsi oleh pengikut-pengikut PAS yang turut berkongsi rasa kekecewaan dan juga perkara ini turut disuarakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas pada Nurul Izzah, mengatakan seseorang itu tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan ideologi-ideologi Barat dan sebaliknya mesti menghormati sentimen agama di negara ini.

Penukaran boleh dibenarkan dalam agama-agama lain, tetapi ia adalah berbeza dalam Islam. Jangan terbawa-bawa dengan idea-idea Barat," katanya dalam satu kenyataan di media semalam.

Dr Mahathir juga berkata kebebasan terlalu banyak akan membawa kepada salah faham yang tidak perlu di kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

Agama tidak perlu dipolitikkan. Dalam hal-hal Islam, kita mesti merujuk kepada al-Quran, hadis, mufti dan ulama. Walaupun Islam membenarkan bukan Islam kebebasan untuk mengamalkan agama pilihan mereka, sekali anda seorang Muslim, anda tidak boleh menukar agama anda kerana ianya bukan cara Islam.kebebasan bersuara tidak harus digunakan untuk mengelirukan masyarakat, terutama umat Islam, tentang agama. 

Mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif mengenai Islam tanpa terlebih dahulu memahami fakta agama boleh didakwa kerana cuba untuk menyebabkan ketidakharmonian atau memprovokasi kebencian di kalangan masyarakat.

Jika mereka membuat komen yang bertujuan untuk mengelirukan umat Islam, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 298 (a) Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment