Bahaya tidak mengenal mangsa, umur mahupun jantina. Apabila
peluang terbentang di depan mata, penjenayah meluru saja menerkam mangsa tanpa
mengira sama bagaimana caranya hingga ada yang sanggup membunuh. Fokus utama
jenayah untuk memenuhi keinginannya.
Justeru, orang ramai jangan percaya 100 peratus keadaan
sekeliling walau berada di dalam rumah yang mungkin dianggap tempat yang
selamat. Sekurang-kurangnya ada perasaan gusar agar kita sentiasa berwaspada
dengan pelbagai situasi secara tiba-tiba.
Apatah lagi apabila berada di luar, pelbagai situasi tidak
diduga boleh berlaku. Beberapa panduan berdasarkan situasi boleh digunakan
untuk mengelak sebarang kejadian buruk menimpa anda.
Tip elak dirogol
• Ibu bapa
ambil tahu di mana anak anda berada setiap masa.
• Tunjukkan
keyakinan diri ketika berjalan dan jangan berjalan berseorangan ketika waktu
malam.
• Jika
menggunakan pengangkutan awam, pastikan duduk bersama penumpang wanita.
• Berhati-hati
dan bersedia dengan kunci ketika berjalan menghala ke kenderaan.
• Letak
kenderaan di tempat terang.
• Jangan
naik lif berseorangan.
Tip elak diragut
• Jangan
bawa banyak wang tunai.
• Gantung
beg di depan badan supaya mudah dilihat.
• Jangan
tinggalkan beg atau dompet di dalam bakul atau troli pusat membeli-belah.
• Periksa
beg tangan ketika di tempat sesak.
• Jangan
tidur dalam pengangkutan awam atau membiarkan anda tanpa diawasi.
Tip lindungi anak daripada penderaan seksual
• Beritahu
anak nama bahagian sulit seperti apa itu payudara dan kemaluan.
• Ajar anak
tiada siapa berhak menyentuh tubuh mereka tanpa kebenaran.
• Ajar anak
dengan perkataan TIDAK jika berada dalam keadaan tidak selesa.
• Memberitahu
anak supaya meminta kebenaran sebelum keluar dan dengan siapa mereka berjalan.
• Ajar anak
tidak membuka pintu kepada orang tidak dikenali walaupun mendakwa mengenali
anda.
• Berbincang
secara terbuka dengan anak mengenai isu penderaan seksual.
• Beri
tumpuan setiap kata-kata mereka.
Tip elak kenderaan dicuri
• Jangan
biarkan enjin kenderaan hidup tanpa diawasi.
• Kunci
semua pintu sejurus masuk atau meninggalkan kenderaan dan letak di tempat yang
terang.
• Simpan
semua barang berharga daripada mudah dilihat.
• Pasang
alat kawalan keselamatan seperti kunci sistem cengkaman, kunci brek dan sistem
kawalan keselamatan.
• Keluarkan
papan muka radio dan pemain cakera pada apabila meninggalkan kenderaan.
0 comments:
Post a Comment