Monday 5 November 2012

Sekitar Banjir di Dengkil






Satu kejadian banjir dilaporkan berlaku di kawasan Dengkil di daerah Sepang, Selangor. Setakat jam 10.00 pagi, sebanyak 2 buah pusat pemindahan telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Dengkil yang menempatkan 25 keluarga dari Kg Cemperai, Taman Kristal dan Taman Transformasi. Sebuah lagi pusat pemindahan di Dewan Kg Semarang menempatkan 10 keluarga dari Kg Semarang dan Taman Revolusi Hijau.

Jejarikami : Orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga semasa banjir, simpan dokumen penting ditempat yang selamat, jaga keselamatan sendiri, anak-anak dan orang tua. Selain itu, dinasihatkan mematikan suis elektrik utama. 

Sumber : MKN http://portalbanjir.mkn.gov.my/?q=node/2437

0 comments:

Post a Comment